Saya nampak Zayn Rayyan seperti tidur, tidak sangka dibunuh

Saya nampak Zayn Rayyan seperti tidur, tidak sangka dibunuh -Saksi 

Zayn Rayyan
ZAYN RAYYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu pertama yang menemukan mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang hilang Selasa lalu tidak menyangka kanak-kanak itu rupanya meninggal dunia.

Faizol Najib Abdul Naim, 45, berkata, dia bersama wakil penduduk sudah mencari Allahyarham sejak hari pertama kanak-kanak itu hilang.

Katanya, pencarian itu agak kurang dilakukan kerana mungkin orang ramai beranggapan adik Zyan lari dan akan pulang semula.

“Pada malam kedua, pencariannya bersama penduduk Apartment Saujana selepas solat Isyak dan membuat solat hajat sebelum memulakan pencarian.

“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami apabila memulakan pencarian pada malam itu dan akhirnya menemukan arwah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dia agak terkejut kerana tidak menyangka penemuan kanak-kanak itu rupanya dia maut dibunuh.

“Tak sangka jadi seperti itu (bunuh) kerana pada awalnya penduduk hanya mencari orang hilang.

“Ketika itu, saya cuma nampak dia (Zayn) seperti sedang tidur dalam kepenatan menunggu orang mengambilnya sebelum saya terus menghubungi rakan-rakan lain dan memaklumkan kepada polis yang sedang melakukan pencarian rumah ke rumah,” jelasnya.

Tambahnya, dia hanya menerima berita kematian kanak-kanak itu ketika mahu ke Kedah atas urusan kerja.

“Sebaik mengetahui berita adik Zayn dibunuh, dia kemudian menghubungi pihak polis untuk mendapat pengesahan sebelum diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk dirakam percakapan membantu siasatan.

“Malam tadi, sekali lagi saya diminta hadir sekali lagi ke IPD Petaling Jaya untuk dirakam percakapan,” ujarnya.

Dia yang sudah tinggal 13 tahun di Apartment Saujana berhampiran Apartmen Idaman antara penduduk yang turut serta dalam operasi mencari itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN