'Saya berniaga pada orang mampu, rakyat Malaysia ramai kaya'

‘Saya berniaga pada orang mampu, rakyat Malaysia ramai kaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menjelaskan perniagaan yang dijalankan sejak 25 tahun lalu, menyasarkan kumpulan pembeli yang berkemampuan serta mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Disebabkan itu, katanya, sehingga kini, perniagaan yang diasaskan pada 1998 sentiasa membuktikan pengeluaran produk berkualiti tinggi serta menjadi jenama paling dipercayai rakyat negara ini.

Sekalipun kejatuhan nilai mata wang ringgit dan inflasi yang tinggi, Haliza berkata, perniagaannya tidak terjejas kerana mempunyai segmen pasaran yang betul.

“Saya berniaga pada golongan yang berkemampuan. Alhamdulillah, sebenarnya rakyat Malaysia ramai yang kaya.

“Kalau kita jual pada target market (sasaran pembeli), Inshaa Allah, Covid-19 atau ekonomi jatuh, kita mampu bertahan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis makan malam meraikan ulangtahun ke-25 jenama itu di Hotel Sunway Resort di sini, malam tadi.

Mengimbas perjalanan memulakan perniagaan di sebuah butik kecil di ibu negara, Haliza berkata, beliau menjalankan perniagaan ketika kemelesetan ekonomi negara pada 1998.

“Masa itu ekonomi jatuh dan saya bermula dari 1998. Sejak itu, saya bangkit mengharungi apa segala cabaran dan ujian.

“Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan dengan cemerlang dan gemilang,” katanya yang mengenakan baju bertakhta kristal Swarovski bernilai RM250,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya