Roti John milik siapa? - Utusan Malaysia

Roti John milik siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROTI John merupakan hidangan popular dalam kalangan masyarakat di negara ini. Lebih-lebih lagi, hidangan bersalut telur dengan inti ayam atau daging ini banyak dijual di pasar malam. 

Diolah daripada resipi asal, Chef de Cuisine di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam, Tajuddin Dolmat berkata, pihaknya mahu mencetuskan kelainan menerusi proses pengubahsuaian menu tersebut. 

Dinamakan sebagai Mentaiko Prawn Aburi, jelasnya, roti john yang dihasilkan menggunakan adunan doh berkualiti tinggi serta diapit potongan udang harimau bersama percikan sos mentaiko yang popular di Jepun.  

Kongsinya, sos mentaiko merupakan campuran mayonis dan telur ikan kod sekaligus menghadirkan rasa masam dan masin ketika menggigit hidangan ini. 

Usah pening kepala, sekiranya bimbang menu yang dihasilkan di rumah tidak menjadi. Luangkan masa bersama ahli keluarga di Borak-Borak Cafe & Lounge di hotel lima bintang berkonsepkan Islamik ini. 

Pihak hotel turut menawarkan promosi istimewa set minum petang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 6 petang, sehingga hujung bulan ini. 

BAHAN-BAHAN 

*Roti 

*Salad 

*Udang harimau 

*Sos mentaiko  

CARA PENYEDIAAN

1.Rebus dan buang kulit udang terlebih dahulu. Bagi satu hidangan memerlukan lima ekor udang harimau dan dibelah dua.

2.Belah roti yang sudah dipanggang dan letakkan salad di bahagian tengah. Kemudian, masukkan potongan udang.

3.Siramkan sos mentiko di atas hidangan tersebut, sebelum dibakar menggunakan alat pembakar makanan.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.