Rombakan Kabinet: Hanya PM boleh jawab - Utusan Malaysia

Rombakan Kabinet: Hanya PM boleh jawab

NGA Kor Ming (kanan) lepaskan peserta Larian Perpaduan Aspirasi #PR1MAKITA di Residensi Meru Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Desas-desus mengatakan bakal berlaku rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan dalam masa terdekat, hanya boleh dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, ini kerana Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh dalam menentukan siapa kekal dan siapa yang digugurkan dalam rombakan tersebut.

“Rombakan Kabinet adalah kuasa penuh dan budi bicara Perdana Menteri.

“Oleh kerana itu, hanya beliau yang mampu menjawab soalan itu (rombakan Kabinet),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Larian Perpaduan Aspirasi #PRIMAKita dan Bomba Komuniti di Residensi Meru di Bandar Meru Raya, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee; Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd. Nazri Md. Shariff dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.

Mengulas lanjut beliau berkata, tiada sebarang perbincangan dijalankan setakat ini berkaitan rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Belum (perbincangan), ini memang di bawah kuasa mutlak Perdana Menteri,” ujar beliau.

Menerusi laporan media semalam, Anwar dikatakan memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan dilakukan sebelum hujung tahun ini.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri ketika disoal oleh kanak-kanak berusia 12 tahun yang menunggunya bersama pengamal media selepas solat Jumaat di luar pekarangan Surau Putra Al-Amin Fasa 4, Putrajaya.

Reaksi Anwar itu selepas kanak-kanak terbabit, Akmal Afif Yaseer Arafat mengulangi soalan pengamal media berkaitan rombakan Kabinet. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya