Rebut peluang niaga dengan vendor pilihan

Rebut peluang niaga dengan vendor pilihan

DR. SURAYA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Para usahawan boleh meluaskan perniagaan mereka menerusi Program Incubator Usahawan Success (PIUS), di mana sebanyak 25 vendor akan dikumpulkan di bawah satu program di Eko Cheras Mall pada 13 Disember ini.

Menurut Presiden Pertubuhan Pembangunan Tenaga Mahir Nasional, Dr. Suraya Ismail, dalam program itu usahawan berkenaan boleh memilih antara 25 vendor tersebut untuk mengembangkan perniagaan dengan sokongan daripada institusi perbankan yang juga turut terlibat dalam program berkenaan.

“Usahawan sekarang ini khususnya di peringkat IKS, mereka hendak mendapat lebih pendedahan tentang cara baharu bagaimana ingin berniaga. Jadi seperti di bawah Pertubuhan Pembangunan Tenaga Mahir Nasional, kita bergabung dengan vendor-vendor lain dan juga syarikat-syarikat tempatan di Malaysia, banyak produk yang kita berjaya ketengahkan dalam program ini, antaranya produk tempatan.

“CIMB akan bersama kita dan beberapa bank lain, Mara dan Tekun pun ada. Program akan bermula 9 Disemberi ini di Hotel Jerai, Kedah dan di Eko Cheras Mall pula pada 13 Disember ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut, Pengasas Healthcare & IBS Housing, Mckinley Soon.

Katanya lagi, ke semua 25 vendor yang terlibat akan pergi ke lima tempat berbeza termasuk ke luar negara bagi mencari usahawan sekali gus membuka peluang perniagaan dua hala di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Kami cuba sasarkan program ini bukan hanya di Malaysia tetapi juga ke luar negara di mana ia akan memberi peluang kepada usahawan mencari pasaran lebih luas.

“Sekarang ini sudah banyak vendor yang memohon untuk menyertai program ini, namun bagi peringkat pertama kita memilih 25 vendor sahaja dan mereka perlu sanggup ke luar negara dan berkongsi segala maklumat dari segi teknologi dan juga keuntungan dengan semua.

“Dari segi usahawan pula, mereka tidak perlu risau sebab ada banyak vendor yang mereka boleh pilih. Institusi kewangan juga kita sudah sediakan bagi membantu mereka dari segi membuat pinjaman,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN