Polis tahan lelaki keluar kenyataan sokong Malaysia-Israel

Polis tahan lelaki keluar kenyataan sokong hubungan diplomatik Malaysia-Israel

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki tempatan yang mengeluarkan kenyataan menyokong normalisasi hubungan Malaysia dan Israel ditahan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, penahanan Victor Yong, 36, bagi membantu siasatan kenyataannya ketika ditemu bual bersama pempengaruh dari Israel, Hananya Naftali yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat setelah dibenarkan Mahkamah Majistret Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu proses siasatan.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutamanya melibatkan aspek keselamatan serta kedaulatan negara,” jelasnya

Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi X berdurasi 5 minit 33 saat memaparkan seorang individu mengakui dirinya dari Malaysia menyuarakan pandangan untuk normalisasikan hubungan dengan Israel selain menuntut membuka kedutaan negara tersebut di Malaysia.

Semalam, media melaporkan Wakil Aktivis Pro-Palestin Malaysia membuat laporan polis susulan tindakan lelaki berkenaan.

Peniaga, Syed Muhammad Syaffiq, 36, berkata, pengisian video tersebut adalah berkaitan keinginan normalisasi hubungan Malaysia dan Israel selain mengkritik mengenai sokongan terbuka rakyat Malaysia terhadap Hamas. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya