Polis selesai kes bunuh pasangan warga emas dalam dua jam

Polis selesai kes bunuh pasangan warga emas dalam tempoh dua jam

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan pasangan suami isteri yang ditikam anak lelaki mereka di Jalan Penchala Hilir 6, Sungai Penchala di sini hanya dalam tempoh dua jam 40 minit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.43 malam itu, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan terdapat pergaduhan keluarga di antara seorang lelaki tempatan dengan ibu dan bapanya di rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, akibat kejadian ini, sepasang suami isteri ditemukan terbaring di lantai rumah dipercayai dibunuh akibat ditikam.

Kata beliau, suspek dipercayai anak kepada pasangan suami isteri berusia 72 dan 82 tahun itu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran lokasi kejadian.

“Sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields melakukan gerakan memburu suspek berusia 42 tahun itu.

“Suspek berjaya ditahan pada hari yang sama pada pukul 10.30 malam di bawah Terowong Penchala Lebuhraya Sprint menghala ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod kes jenayah dadah.

Kata beliau, siasatan lanjut kes ini sedang diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana Balai Polis yang berdekatan,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya