Polis kawal sekitar kawasan apartment Zayn Rayyan hilang - Utusan Malaysia

Polis kawal sekitar kawasan apartment Zayn Rayyan hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anggota polis dilihat memenuhi sekitar kediaman kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.

Difahamkan pihak polis turut melakukan kawalan di pintu masuk dan keluar apartment terbabit.

Sumber berkata, beberapa blok berhampiran lokasi utama kanak-kanak autisme itu dilaporkan hilang dikawal ketat pihak polis.

“Ini bagi tujuan pemeriksaan dapat dilakukan pihak polis bagi siasatan kes bunuh Zayn Rayyan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya diletakkan di dalam sungai tempatnya ditemukan malam semalam.

Katanya, ini diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap kanak-kanak berkenaan.

“Justeru, saya bagi pihak keluarga, meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat tidak kira sekecil mana pun diminta tampil dalam membantu pihak polis merungkai jenayah ini.

“Hasil bedah siasat juga mendapati Zayn Rayyan berkemungkinan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemukan,” katanya.

Kata beliau, apa yang boleh dipastikan kematian kanak-kanak itu bukan disebabkan lemas.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid mengesahkan kepada Utusan Malaysia, terdapat kesan jerut dan kecederaan di badan mangsa.

Kata beliau, usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dilakukan selain keterangan beberapa saksi akan diambil sekali lagi.

Pihaknya juga akan panggil semua saksi terdekat dengan kes ini termasuk ibu bapa, jiran dan orang awam yang jumpa mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya