Pertemuan Fadillah dengan China mudah misi evakuasi rakyat kita di Myanmar

Pertemuan Fadillah dengan China mudah misi evakuasi rakyat kita di Myanmar

MOHAMAD ALAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kejayaan misi evakuasi warga Malaysia dari kawasan konflik perang saudara di Myanmar turut dibantu peranan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, perkara itu dibincangkan beliau ketika melakukan siri lawatan rasmi ke China pada 16 November lalu bertemu sendiri dua naib premiere negara berkenaan melibatkan perjumpaan dengan Liu Guozhong dan Ding Xuexiang.

“Usaha itu menyaksikan China menggunakan tekanannya ke atas Myanmar untuk usaha pembebasan,” katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Pencerahan itu sekali gus menjawab misteri bagaimana Malaysia dapat membawa keluar 128 rakyatnya dari Laukkaing, sebuah daerah di negeri Shan utara Myanmar dengan baik.

Sebelum ini, pembebasan warga Malaysia yang terjebak dalam jenayah penipuan tawaran pekerjaan di negara itu amat susah berbanding dengan negara lain rantau Asia Tenggara.

Media pula sering melaporkan kesukaran ditempuhi badan tempatan bagi menyelamatkan mangsa perhambaan moden itu yang beroperasi di Myawaddy dekat sempadan Thailand.

Walau bagaimanapun, perang saudara antara tentera juntanya dengan puak pemberontak awal bulan lalu telah ‘membuka’ ruang pemindahan keluar rakyat Malaysia dari Myanmar.

Justeru ujarnya, buat julung kali dalam sejarah, junta bersetuju memberi kerjasama penuh setelah menerima sepuluh nota diplomatik daripada Kedutaan Besar Malaysia di Yangon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN