Pertama kali takut drama ditayangkan, ralat dan sesal - Zara Zya - Utusan Malaysia

Pertama kali takut drama ditayangkan, ralat dan sesal – Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ralat dan sesal dengan adegan berpelukan dalam drama Hati Tercarik Luka, pelakon, Zara Zya mendedahkan ini kali pertama perasaan takut dan risau bertandang apabila naskhahnya bakal ditayangkan.

Perasaan yang tidak pernah hadir sebelum ini terkait dengan kontroversi adegan berpelukannya dengan pelakon, Syarul Ezani yang mendapat kecaman bertalu-talu daripada warganet.

“Sejujurnya, ini pertama kali saya risau dan takut apabila drama ingin mula ditayangkan kerana memikirkan penerimaan orang tentang watak dan drama tersebut. Ada beberapa adegan lain juga yang mungkin mengundang kecaman warganet.

“Tetapi saya percaya, penonton kini bijak menilai perbezaan watak dengan kehidupan kita. Apa kesalahan saya, saya terima dan minta maaf. Saya terbuka dengan segala teguran dan kritikan. Saya tahu itu salah sendiri.

“Cuma jika ada yang terus menerus mengecam. Saya minta maaf sekali lagi. Kita tidak boleh tutup mulut tempayan. Saya juga enggan menegakkan benang yang basah. Apa yang salah, tetap salah,” jelasnya.

Pelakon Risik Pada Hati itu ditemui ketika majlis tayangan perdana filem arahan pertama, Datuk Aaron Aziz, Sayu Yang Syukur menampilkan pelakon, Nora Danish, Kismah Johari, Arja Lee dan Aaron sendiri.

Dalam pada itu, Zara juga memberitahu, dia akan lebih berhati-hati dan berfikir panjang sebelum melakukan adegan tertentu yang mungkin boleh mengundang pelbagai reaksi negatif penonton selepas ini.

“Memang ada rasa ralat dan menyesal sebab saya tidak fikir panjang. Sepatutnya benda seperti itu tidak berlaku, tidak akan timbul isu sebegini.

“Sekali lagi saya minta maaf. Saya sedar khilaf itu kerana melakukan sesuatu yang tidak manis dengan imej saya.

“Sebagai manusia yang banyak khilaf, saya terlepas pandang hal tidak sepatutnya. Dunia lakonan ini luas, kalau saya terangkan benda akan jadi panjang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN