Perniagaan Mak Cik Kemboja diboikot

Perniagaan Mak Cik Kemboja diboikot

MAK Cik Kemboja perniagaannya semakin terjejas teruk kerana wujud kempen-kempen memboikot produk keluaran syarikatnya. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Wanita berketurunan Kemboja yang juga pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd., Mariyah Yaakob, 47, mendakwa perniagaannya diboikot pengguna susulan kontroversi didakwa menghina bangsa Melayu.

Perkara itu dinyatakan melalui peguamnya, Kamal Hisham Jaafar ketika membuat rayuan pengurangan jaminan dalam prosiding di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Kamal dalam hujahnya berkata, perniagaan anak guamnya itu telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan masih belum pulih sehingga hari ini.

“Keadaan itu bagaimanapun semakin memburuk kerana wujud kempen-kempen memboikot produk keluaran syarikat tertuduh (Mariyah) akibat perkara ini sehingga menjejaskan kewangan syarikat.

“Saya percaya tertuduh telah dihukum walaupun dia belum dijatuhi hukuman bersalah oleh pihak mahkamah,” katanya.

Tambahnya, Mariyah juga merupakan seorang ibu tunggal yang rajin berusaha bagi membesarkan tiga anaknya berusia 22, 18 dan 13 tahun.

Dalam prosiding itu, Mariyah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat suatu penyataan melalui aplikasi TikTok dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu pada pertengahan November lalu dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding sama, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22, turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Ahmad Sazali Omar mencadangkan jaminan sebanyak RM60,000 bagi kedua-dua beranak itu, namun mahkamah bersetuju menetapkan jaminan RM25,000.

Kedua-dua mereka bagaimanapun dikenakan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Sebutan semula kes adalah pada 12 Januari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya