Penunggang motosikal dilanggar kereta gara-gara potong tanpa beri isyarat - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal dilanggar kereta gara-gara potong tanpa beri isyarat

TANGKAP layar video berdurasi 27 saat yang memaparkan pemandu kereta melanggar penunggang motosikal di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, hari ini. - SUMBER MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

TASEK GELUGOR: Tidak puas hati gara-gara ditegur memotong tanpa memberi isyarat menyebabkan seorang pemandu bertindak melanggar seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak, di sini hari ini.

Video kejadian itu yang berdurasi 27 saat turut tular di media sosial dengan memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback melanggar penunggang motosikal terbabit sebanyak dua kali sebelum beredar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku disebabkan penunggang motosikal terbabit menegur pemandu memotong tanpa memberi isyarat.

“Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudiannya menggunakan keretanya untuk melanggar motosikal berkenaan.

“Penunggang motosikal tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke IPD SPU atau balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Lee Howe Chong di talian 016-5989576 bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

 

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.