Pelakon kontroversi ada mangsa cinta lokasi baharukah? - Utusan Malaysia

Pelakon kontroversi ada mangsa cinta lokasi baharukah?

romantic man in a box as a gift
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menggeleng kepala juga Cik Bunga bila terima khabar baharu mengenai pelakon lelaki yang seorang ini. Kalau sebut nama, memang dia ini kontroversi.

Nak kata rupa paras elok sangat, tak adalah kot. Tetapi tampan atau tidak, itu pun satu perkara yang sangat subjektif. Tengok mata oranglah ya. Bagi Cik Bunga dia biasa sahaja. Lagi-lagi lepas dah kahwin ini, aura macam dah malap.

Tapi dalam malap tak malap, perangai kasanovanya tetap sama. Jenis lelaki yang memang tak pernah cukup seorang wanita dalam hidup. Nak juga berlaku curang dengan isteri walaupun kini Cik Bunga dengar dia bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Kalau tengok corak dan gaya lelaki ini, dia memang jenis mudah main cinta dengan pelakon wanita di lokasi. Ini orang panggil, cinta lokasilah dik. Dia akan guna ketampanan wajahnya, gaya percakapan bak lelaki budiman, lepas itu perempuan mana yang tak akan terjebak dalam modus operandinya itu bukan?

Bila dah buat pelakon wanita jatuh cinta dengan dia, nanti dia akan jual lah cerita yang rumah tangganya tak bahagialah, itulah inilah. Pendek kata dialah lelaki tersakiti dan ingin mencari kebahagiaan.

Tak bahagia apanya dik… kalau anak pun dah nak masuk tiga? Geram juga Cik Bunga dengan pelakon lelaki ini. Hujung-hujung, faham sendirilah apa tujuan dia beriya nak goda pelakon wanita di set. Bukan nak kahwin pun, buat melampias nafsu serakah saja.

Cik Bunga dengar, sekarang pelakon lelaki ini sudah ada mangsa baharu di set. Cik Bunga harap pelakon baharu itu bacalah tulisan kita ini supaya tak terperangkap dengan janji manis aktor tersebut. Bermasalah betul dia ini ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya