IPOH: Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden yang ditahan bagi membantu siasatan kes langgar pelajar lelaki tingkatan lima di Jalan Taman Jati dekat Meru semalam, turut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau kini direman tiga hari bermula semalam selepas pihak polis mendapat perintah itu daripaa Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan dalam prosiding yang dijalankan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk…










