partmen Abdullah Hukum diserbu, PATI cuba lolos terjun bangunan

partmen Abdullah Hukum diserbu, PATI cuba lolos terjun bangunan

SYAMSUL Badrin Mohshin memeriksa dokumen perjalanan melibatkan operasi warga asing di Apartment Abdullah Hukum di ibu negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sanggup melompat pagar, terjun dari tingkat dua bangunan serta berpura-pura tidak mendengar ketukan pintu rumah antara usaha pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk meloloskan diri daripada ditangkap Jabatan Imigresen.

Namun usaha mereka itu gagal apabila 85 anggota Jabatan Imigresen berjaya menahan mereka dalam operasi yang dijalankan awal pagi di Apartmen Abdullah Hukum, di sini semalam.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, operasi dijalankan bermula pukul 1.15 pagi dengan 125 unit kediaman diperiksa di apartmen 14 tingkat itu berdasarkan risikan selama seminggu melalui aduan dibuat penduduk setempat tentang kebanjiran warga asing.

“Kita turut menjalankan pemeriksaan terhadap seramai 1,000 warga asing. Daripada jumlah itu, kira-kira 567 PATI berusia satu tahun empat bulan hingga 54 tahun termasuk 38 wanita ditahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 72 warga Indonesia, Bangladesh (252), Nepal (163), Myanmar (75), Filipina (4) dan seorang India,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi serbuan.

Menurut Syamsul Badrin, pihaknya percaya kediaman terbabit disewa oleh PATI dengan bayaran bulanan kira-kira RM1,000 dengan menempatkan sehingga lapan penghuni setiap unit.

Justeru itu, beliau menegaskan, pemilik warga tempatan yang menyewa kediaman kepada PATI akan dikenakan tindakan kerana melindungi kumpulan berkenaan.

Jelas beliau, kebanyakan PATI terlibat bekerja di kawasan sekitar.

“Warga asing yang ditahan ada yang berkeluarga dan sebahagian mereka duduk di kediaman tersebut dengan dibayar oleh majikan, bagi yang kerja di syarikat lain dikesan membayar sewa secara persendirian.

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN