Op Tiris: 76 kes seleweng diesel tumpas di Negeri Sembilan

Op Tiris: 76 kes seleweng diesel tumpas di Negeri Sembilan

MUHAMMAD Zahir Mazlan bergambar bersama wakil agensi dan individu yang hadir Majlis Apresiasi dan Libat Urus KPDN negeri. - UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 76 kes penyelewengan minyak diesel bersubsidi berjaya ditumpaskan di Negeri Sembilan menerusi penguatkuasaan dan serbuan Op Tiris Dari Mac hingga Disember tahun ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, sejumlah 1,092,133 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM2,948,760 berjaya diselamatkan daripada diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 28 kes merupakan kes serahan agensi atau jabatan iaitu 14 kes oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM); Pasukan Polis Marin (tujuh kes); Pasukan Gerakan Am (empat kes) dan masing-masing satu kes bagi Agensi Penguatkuasaan Marin Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan KPDN Ibu Pejabat.

“Dalam operasi itu juga, keseluruhan 97 individu berjaya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Apresiasi dan Libat Urus KPDN negeri, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan Jualan Rahmah di negeri ini, Muhammad Zahir berkata, seramai 600,000 penduduk di negeri ini menerima manfaat dari 300 program jualan tersebut sejak dilaksanakan pada April hingga bulan ini.

Menurutnya, program Jualan Rahmah berkenaan dilaksanakan antaranya merangkumi 177 program di dalam premis, 100 program jualan bergerak dan lima program secara terbuka.

“Manakala, nilai Jualan Rahmah di negeri ini pula merekodkan anggaran RM10 juta sepanjang program berlangsung,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya