Ngeh Koo Ham digesa tarik semula kenyataan, minta maaf

Ngeh Koo Ham digesa tarik semula kenyataan, minta maaf

WAN AHMAD FAYSHAL WAN AHMAD dan NGEH KOO HAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham digesa menarik semula dan meminta maaf berhubung cadangan orang bukan Islam menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, cadangan Koo Ham itu adalah melampau dan tidak celik Perlembagaan apatah lagi beliau seorang ahli Parlimen sepatutnya tahu urusan berkaitan hal ehwal agama Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Katanya, undang-undang syariah perlu dirunding, diurus, ditadbir dan dikuatkuasakan oleh orang Islam semata-mata dan ia sama sekali tidak menyentuh orang bukan Islam.

“Cadangan Ini boleh menimbulkan kegusaran awam khususnya dalam kalangan umat Islam kerana keterlibatan orang bukan Islam dalam mengkaji kompetensi DUN dalam menggubal undang-undang Islam boleh dilihat sebagai suatu permulaan campur tangan oleh orang bukan Islam terhadap urusan agama Islam.

“Sekiranya beliau benar-benar bimbang mengenai kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam, boleh sahaja beliau mencadangkan pakar-pakar Perlembagaan yang beragama Islam. Persoalannya mengapa Ngeh perlu mencadangkan pakar Perlembagaan bukan Islam untuk menyertai Jawatankuasa ini?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Koo Ham menyarankan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, yang ditubuhkan awal bulan ini.

Beliau menjelaskan langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Sebelum ini, Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-undang Islam bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi DUN mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah, sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan.

Wan Ahmad Fayhsal kemudian mempersoalkan cadangan itu boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Islam di negara ini.

“Koo Ham perlu menarik semula cadangan karut ini dan memohon maaf secara terbuka!,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya