Nenek usia 112 tahun mahu kawin lagi

Nenek usia 112 tahun mahu kawin lagi

SITI Hawa Hussin (kiri) berbual dengan penduduk yang turut menziarahnya di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang nenek yang berusia 112 tahun dari Kampung Kajang Sebidang, di sini bersedia berkahwin lagi jika ada lelaki mahu memperisterikannya.

Siti Hawa Hussin, yang masih sihat dan hanya mengalami masalah penglihatan serta pendengaran pernah mempunyai tujuh suami dan dikurniakan empat anak masing-masing berusia 58 tahun hingga 65 tahun.

“Kalau ada orang nak, saya mahu berkahwin. Lagipun saya masih sihat. Ketika ini saya tinggal bersama anak bongsu, Ali Seme, 58, dan menantu, Zainura Ariffin, 47,” katanya selepas menerima kunjungan Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. yang menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada warga emas berkenaan.

Siti Hawa berkata, hasil perkongsian hidup bersama salah seorang dari tujuh suaminya, dia dikurniakan lima anak dan kini mempunyai 19 cucu serta 30 cicit.

Katanya, sepanjang perkahwinan itu, ada suaminya meninggal dunia dan bercerai kerana tidak sehaluan.

Sementara itu, Ali berkata, walaupun usia ibunya sudah mencecah 112 tahun, dia masih sihat selain perlu mengambil ubat darah tinggi mengikut jadual.

Bagaimanapun katanya, pergerakan ibunya sedikit terbatas ekoran masalah penglihatan.

“Ibu masih mampu menunaikan solat walaupun dalam keadaan duduk. Saya difahamkan semua adik-beradiknya sudah meninggal,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN