Nelayan Thailand jatuh bot semasa menangkap ikan

Nelayan Thailand jatuh bot semasa menangkap ikan

ANGGOTA Maritim Kelantan sedang melakukan carilamat di sekitar perairan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu-IHSAN MARITIM KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang nelayan warga Thailand dikhuatiri hilang selepas terjatuh dari bot ketika sedang menangkap ikan di kawasan perairan berhampiran Pulau Perhentian, Terengganu malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Bhuntin, 45, dilaporkan terjatuh semasa bot tersebut berada pada kedudukan 13 batu nautika dari pulau tersebut.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, berdasarkan keterangan tekong semua lima kru berada di atas bot semasa mereka melakukan kerja-kerja menangkap ikan pada jarak 17 batu nautika dari Pulau Perhentian.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa didapati hilang ketika bot berada di kedudukan kira-kira 13 batu nautika dari pulau tersebut.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju hitam dan berseluar pendek berwarna khaki.

“Sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian, operasi mencari dan menyelamat (carilamat) diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan pada pukul 11.15 malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Erwan Shah memberitahu, dua buah aset Maritim Kelantan digerakan ke tempat kejadian untuk carilamat.

Katanya, sehingga carilamat masih belum menemui sebarang petanda dan pada masa sama anggota bertugas turut berdepan keadaan laut yang bergelora dan angin kencang.

“Situasi itu menjejaskan sedikit proses pencarian. Sekiranya tiada sebarang penemuan pada hari ini, carilamat akan ditangguhkan pada pukul 7.00 malam nanti.

“Kita akan sambung semula carilamat pada pukul 7.00 pagi esok. Selain itu, Maritim Kelantan sudah memaklumkan kepada komuniti nelayan berkait dengan perkara ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN