TEHERAN: Pasukan Kor Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata, unit tenteranya menghentikan dua kapal yang cuba melintasi Selat Hormuz dan mengarahkan kapal tersebut ke perairan wilayah republik Islam itu. “Pasukan tentera laut IRGC pagi ini mengenal pasti dan menghentikan dua kapal yang melanggar peraturan di Selat Hormuz. “Kedua-dua kapal yang melakukan kesalahan telah dirampas oleh tentera laut IRGC dan diarahkan ke pesisir Iran,” menurut kenyataan pasukan itu. Pihak IRGC mengenal pasti…










