Mengapa tidak saya undang Meerqeen - Raisa - Utusan Malaysia

Mengapa tidak saya undang Meerqeen – Raisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Raisa memaklumkan telah secara terus menghubungi Meerqeen untuk ‘melamar’ pelakon tersebut sebagai penampilan istimewa dalam video lirik lagu Tak Berharap Lagi.

Kata penyanyi cantik itu, pelakon berkenaan menjadi figura pilihan untuk diketengahkan dalam video lagu terbarunya itu yang sudah pun ditayangkan sejak empat hari lalu.

“Kami bertemu di Jepun untuk sebuah acara yang diadakan di sana. Sempat berbual-bual santai sepanjang acara dan selepas pulang dari Jepun, saya fikir siapa yang bakal menjayakan  video muzik lagu terbaru ini.

“Saya pernah bekerjasama dengan ramai artis di Indonesia dan banyak nama yang saya sudah penuhi. Justeru, untuk kali ini mengapa tidak saya undang Meerqeen.

“Saya mesej dia secara peribadi dan dari situ, disusuli perbincangan lanjut antara pengurusan saya dan Meerqeen,” katanya dalam kenyataan.

Video tersebut, yang ditayangkan sejak Sabtu lepas menerima 306,000 tontonan di Youtube.

Kata Raisa lagi, dia gembira kerana proses penggambaran, yang diadakan di sebuah pulau peranginan terkenal di Indonesia, berjalan lancar dalam tempoh singkat.

“Boleh dikatakan semuanya berlaku dengan pantas dan Meerqeen perlu terbang ke Bali untuk penggambaran.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan penggambaran juga cepat. Dalam separuh hari semuanya selesai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN