Mayat disimen: 10 individu dipanggil beri keterangan - Utusan Malaysia

Mayat disimen: 10 individu dipanggil beri keterangan

CHA HOONG FONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seramai 10 orang dirakam percakapan bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita yang disimen dalam kolah dekat bilik air sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa 1, Pandamaran di sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, susulan itu polis memohon bantuan daripada kedutaan dan Interpol bagi mengesan dua suspek lelaki warga asing yang sudah dikenal pasti.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkan maklumat terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya pada hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pada hari ini mengesahkan salah seorang suspek berada di dalam Malaysia, manakala seorang lagi telah pulang ke negara asalnya pada September tahun ini.

Menurutnya, polis menahan mereman seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun selama seminggu bagi membantu siasatan kes berkenaan, yang kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut mendedahkan mangsa dipercayai dibunuh setelah ditekan di bahagian leher, hasil bedah siasat yang selesai dijalankan di Hospital Shah Alam (HSA) pada hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya