Mangsa banjir Kelantan makin menurun

Mangsa banjir Kelantan makin menurun

BEBERAPA kawasan di Pengkalan Kubor, Tumpat masih ditenggelami banjir-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini semakin baik apabila jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin menurun kepada 15,195 berbanding 16,096 orang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 pagi kesemua 5,007 keluarga dari empat jajahan yang terjejas sedang berlindung di 42 PPS.

Menurutnya, empat jajahan itu ialah Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Tahan Merah.

“Daripada jumlah itu, Pasir Mas merekodkan mangsa banjir paling ramai iaitu 11,093, diikuti Tumpat (3,311), Jeli (701) dan Kuala Krai (90).

“Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan tren menurun, namun masih berada pada bacaan di paras bahaya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri memberitahu, lain-lain sungai seperti Sungai Pergau di Kampung Lawar, Jeli, Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Kusial (Tanah Merah) serta Sungau Golok (Kuala Jambu, Tumpat) melepasi bacaan amaran.

Katanya, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu dan Sungai Golok (Jenob, Tanah Merah) berada pada para berjaga-jaga.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN