Mangsa banjir empat negeri berkurangan

Mangsa banjir empat negeri berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa banjir di empat negeri menunjukkan penurunan apabila seramai 22,785 orang membabitkan 7,322 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara pagi ini (PPS) berbanding 25,729 orang semalam.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat pukul 8.30 pagi ini, negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor.

Bagaimanapun Kelantan terus mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 19,481 mangsa diikuti Terengganu (3,029), Pahang (212) dan Johor (63).

Portal itu juga melaporkan 103 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Sebelum ini, media melaporkan penumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada Sabtu ini hingga 4 Januari depan, berdasarkan analisis model-model cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Laporan harian bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN