MAIS terbit buku himpun 26 penyelidikan syariah - Utusan Malaysia

MAIS terbit buku himpun 26 penyelidikan syariah

Penyelidikan MAIS
ABDUL Aziz Mohd Yusof (tengah) pada Majlis Pelancaran Buku Penyelidikan MAIS dan Majlis Perasmian Penutup Simposium Kajian Islam Semasa Peringkat Negeri Selangor 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerbitkan buku yang menghimpunkan 26 penyelidikan syariah dibuat sejak 2019 hingga kini merangkumi bidang seperti asas perundangan, penilaian serta pemulihan asnaf riqab dan sebagainya.

Penyelidikan tersebut dilaksanakan dengan kerjasama tujuh institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Islam Selangor, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Menurut Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, sebanyak enam penyelidikan terbaru dihasilkan oleh ahli-ahli akademik IPT berkenaan turut dimasukkan dalam penerbitan tersebut.

“Antara kajian yang dihasilkan tahun ini melibatkan Kajian Asas Perundangan,Tempoh Dan Rubrik Penilaian Bagi Pemulihan Asnaf Al-Riqab, Kajian Lanjut Berkenaan Penentuan Qaryah Dan Balad Dari Perspektif Fiqh Semasa.

“Selain itu ahli akademik terbabit turut membuat Kajian Analisis Profil Anak Yatim Dan Keperluan Pendidikan Yang Bersesuaian Di Negeri Selangor dan Kajian Berkenaan Sambutan Kebudayaan, Perayaan Dan Upacara Kematian Masyarakat India Dan Orang Asli Masyarakat Islam Di Negeri Selangor,” katanya pada Majlis Pelancaran Buku Penyelidikan MAIS dan Majlis Penutup Simposium Kajian Islam Semasa Peringkat Negeri Selangor 2023, hari ini.

Beliau menambah, MAIS turut melaksanakan penyelidikan terhadap ‘Amalan Kes-Kes Inquisitorial Mal Di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor: Penilaian Dan Keberkesanan’.

“Penerbitan penyelidikan itu diharapkan dapat dijadikan panduan oleh masyarakat agar lebih cakna terhadap setiap tindakan yang dilaksanakan oleh MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung isu-isu hal ehwal Islam di negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya