Literasi digital lahirkan bakal wartawan berdaya saing

Literasi digital lahirkan bakal wartawan berdaya saing

PROJEK akhir tahun ini dikendalikan oleh 44 orang pelajar tahun akhir program kewartawanan dan seorang pensyarah penasihat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Program e-Kolokium kali ke-48 telah membawakan kelainan yang luar biasa dengan menyampaikan isu terkini dalam literasi digital yang akan memberi impak signifikan kepada bakal graduan bidang kewartawanan yang berdaya saing.

Program yang bertemakan Literasi Digital: Merevolusikan Kemahiran Wartawan dalam Era Digital bertujuan memberikan pendedahan kepada bakal pengamal media supaya prihatin dalam perkembangan teknologi yang penting dalam dunia kewartawanan digital (Digital Journalism Literacy).

Pengarah projek, Aqila Afindi berkata, e-Kolokium kali ini yang merupakan anjuran mahasiswa tahun akhir program kewartawanan, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM terdiri daripada ahli panel yang pakar serta berpengalaman dalam menempuhi proses era digitalisasi dalam dunia kewartawanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN