Lelaki terjun jambatan selepas tetak mati wanita direman 6 hari - Utusan Malaysia

Lelaki terjun jambatan selepas tetak mati wanita direman 6 hari

TANGKAP layar video nelayan menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas dipercayai menetak seorang wanita sehingga maut dalam kejadian di Butterworth, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Lelaki yang gagal membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas menetak sehingga mati seorang wanita semalam direman enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, perintah tahanan reman sehingga 26 Disember terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

MOHD. ASRI SHAFIE

Mengulas lanjut, ujar beliau, siasatan awal mendapati mangsa wanita berusia 42 tahun yang maut ditetak dengan parang itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek.

“Setakat ini, siasatan mendapati mangsa ialah ibu saudara suspek.

“Bagaimanapun, kita masih menyiasat motif suspek bertindak sedemikian dan suspek kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang pemuda nekad terjun di Kilometer 3.4, Jambatan Pulau Pinang, dipercayai mahu membunuh diri selepas menetak mati seorang wanita di Jalan Raja Uda, di sini semalam.

Suspek bagaimanapun diselamatkan nelayan sebelum ditahan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK).

Kejadian pukul 11.10 pagi itu turut dirakam kamera litar tertutup ( CCTV) di kawasan berhampiran hingga tular di media sosial.

Dalam kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di belakang leher dan bahu dilaporkan meninggal dunia pukul 11.58 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya