PETALING JAYA: Skuad terjun papan anjal wanita negara berdepan detik cemas apabila kekurangan atlet untuk mewakili acara berkenaan ke Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun akibat beberapa siri kecederaan. Berbaki 135 hari sebelum temasya bermula, ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri terpaksa diketepikan berikutan mengalami kecederaan sekali gus menyaksikan beliau terlepas musim 2026. Situasi itu menyaksikan Ong Ker Ying dan Lee Yiat Qing bakal mewakili acara papan anjal wanita ke…










