Lelaki bunuh ibu bapa warga emas diberkas

Lelaki bunuh ibu bapa warga emas diberkas

LOKASI kejadian pasangan warga emas maut dibunuh anaknya sendiri di Sungai Penchala.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Lelaki yang membunuh ibu dan bapanya di rumahnya mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam tadi akhirnya diberkas polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kepada Utusan Malaysia.

Kata beliau, siasatan masih berjalan di lokasi ketika ini.

“Satu kenyataan media berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ringkas.

Terdahulu, sepasang suami isteri maut dibunuh anak kandung mereka di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, berlaku pertengkaran diantara anak lelaki mereka berusia 40-an dengan pasangan berkenaan.

Mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Susulan kejadian itu, suspek melarikan diri di kawasan hutan berhampiran rumah mereka.

Justeru itu, gerakan mencari suspek giat dilakukan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya