Laporan awal status pertubuhan bermasalah dibentang 2024

Laporan awal status pertubuhan bermasalah dibentang 2024

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) akan menyediakan laporan terperinci mengenai isu status pelbagai pertubuhan bermasalah dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu dibuat atas arahan mesyuarat mingguan Kabinet hari ini berhubung keabsahan pertubuhan tertentu.

“Jemaah menteri mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi JPPM agar laporan awal dibentang suku pertama tahun depan,” katanya selepas menyampaikan geran Pertubuhan Prihatin Komuniti kepada sejumlah persatuan penduduk bersempena Program #ROS Care bersama Menteri Dalam Negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, isu badan sosial yang bermasalah dari segi pematuhan dibangkitkan beberapa menteri ketika mesyuarat Kabinet pagi tadi.

“Meskipun tidak disebut secara spesifik, saya percaya mereka merujuk kepada kes Aman Palestin yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” jelasnya.

Justeru ujarnya, JPPM diberikan masa cukup untuk menyiapkan laporan awal berhubung situasi badan yang ada isu ketidakpatuhan pelbagai kes di bawah Akta Pertubuhan 1966 antaranya gagal mengemukakan penyata kewangan dan minit mesyuarat.

Sehubungan itu, beliau sudah mengarahkan JPPM melakukan pemantauan berterusan secara rawak terhadap sejumlah badan disyaki bermasalah sebelum dikenakan tindakan.

Walau bagaimanapun, Saifuddin Nasution memberi jaminan bahawa agensi itu masih ada sifat ‘pemurah’ dengan diserah surat tunjuk sebab kepada pemimpin badan tersebut.

“Langkah ini sebenarnya sudah ada dua, tiga tahun lalu tetapi JPPM bukan batal begitu sahaja, ia berperingkat dan tahun depan, penelitian akan secara rawak pula,” katanya yang turut memberitahu sebanyak 54,642 buah terlibat sejak JPPM dibentuk oleh kerajaan pada 1966. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN