KPM tawar kaunseling kepada keluarga pelajar maut dilanggar - Utusan Malaysia

KPM tawar kaunseling kepada keluarga pelajar maut dilanggar

FADHLINA Sidek menyaksikan demonstrasi Program Rintis Steam dan Makmal Steam di SJKC Yok Eng di Sungai Udang, Nibong Tebal, Pulau Pinang, hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie,17, pelajar yang maut akibat dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru, Perak, semalam.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Zharif dan berharap siasatan oleh pihak berkuasa dapat dilaksanakan dengan segera.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan kita akan bantu sekiranya khidmat sokongan diperlukan oleh keluarga Allahyarham.

“Dalam konteks JPM, kita menawarkan sokongan dari segi kaunseling kepada keluarga Allahyarham khususnya kerana tragedi ini menyayat hati.

“Selain itu, ada anak-anak (pelajar) lain yang berada di lokasi dan turut melihat kejadian terbabit, maka kita akan bantu (kaunseling) bagi mereka yang terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Rintis Steam dan Makmal Steam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Eng di Sungai Udang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Wah mewakili KPM dijangka menziarahi keluarga mangsa petang ini.

Media semalam melaporkan, Muhammad Zaharif Affendi yang menunggang motosikal jenis Yamaha maut selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Ativa dipandu suspek yang juga pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, insiden dikatakan berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang membuat bunyi bising ekzos motosikal.

Susulan itu, suspek telah ditahan dan direman hari ini bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya