KKM perlu lihat bekalan vaksin ekoran peningkatan kes Covid-19

KKM perlu lihat bekalan vaksin ekoran peningkatan kes Covid-19 – KJ

KHAIRY JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memberi perhatian serius terhadap peningkatan kes jangkitan baharu wabak Covid-19 di negara ini, khususnya berhubung penyediaan bekalan vaksin yang mencukupi.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu perlu bagi memastikan sistem kesihatan awam negara terus beroperasi dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negara ini.

“Selain bekalan vaksin mencukupi, perkara lain yang perlu diberi tumpuan termasuklah jumlah katil di hospital, rawatan dan persediaan di unit rawatan rapi (ICU).

“Saranan dibuat Menteri Kesihatan baharu (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) baru-baru ini berhubung pemberian vaksin secara sukarela kepada golongan berisiko tinggi dan mempunyai masalah kesihatan juga boleh diperhalusi,” kepada ketika ditemui pemberita pada Persidangan Dewan Muda Johor 2023 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Khairy yang juga merupakan Penasihat Belia Johor yakin petugas kesihatan awam di negara ini mempunyai kemampuan untuk berdepan peningkatan jangkitan baharu Covid-19.

Sementara itu, beliau turut menyarankan KKM agar segera mengeluarkan peraturan berkaitan produk vape yang ketika ini bebas dibeli mana-mana individu termasuk golongan muda.

“KKM kena cepat keluar peraturan berkaitan vape, ini kerana ia bebas dibeli sesiapa selepas produk tersebut dikeluarkan dari senarai Akta Racun,” ujarnya.

Pada 30 November lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 selepas dibahaskan seramai 27 Ahli Parlimen selama dua hari.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali kedua rang undang-undang berkenaan oleh bekas Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya