Kesihatan Celine Dion semakin merosot, hilang upaya kawal otot - Utusan Malaysia

Kesihatan Celine Dion semakin merosot, hilang upaya kawal otot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Keadaan penyanyi bersuara emas, Celine Dion kini semakin parah apabila dia dilaporkan hilang keupayaan mengawal ototnya selepas setahun mendedahkan dia menderita sindrom orang kaku.

Menurut kakaknya, Claudette, penyanyi lagu legenda, My Heart Will Go On itu tidak boleh mengawal sebahagian pergerakan menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada bantuan orang sekeliling.

“Tidak tidak ada lagi kawalan atas otot-ototnya. Apa yang paling menyedihkan dia mempunyai disiplin hidup yang tinggi.

“Impiannya kini adalah untuk kembali ke pentas semula, menghiburkan peminat setianya, Itu juga harapan kami, tetapi kemampuan itu tiada.

“Dia sentiasa bekerja keras. Ibu kami selalu berpesan, dia akan jadi seorang yang berjaya,” ujarnya memetik laporan E! Online.

Menurut Claudette lagi, penyanyi tersebut kini di bawah pengawasan doktor dan dijaga oleh adiknya, Linda di kediamannya di Las Vegas.

Terdahulu, penyanyi legenda itu terpaksa membatalkan siri konsert Courage World Tour tahun lalu selepas menghidap penyakit tersebut yang sangat jarang ditemui.

Menerusi laman Instagramnya, penyanyi All By Myself itu melayangkan permohonan maaf kerana terpaksa membatalkan konsert tersebut dan akan berusaha untuk kembali pulih secepat mungkin.

“Saya sedang berusaha sebaik mungkin untuk bina kembali kemampuan tetapi konsert jelajah sangat membebankan walaupun anda berada di keupayaan kesihatan yang sempurna.

“Tidak adil untuk saya terus menangguhkan konsert. Walaupun keputusan itu sangat memeritkan saya tetapi lebih baik konsert ini dibatalkan sehingga saya berada dalam keadaan yang sihat.” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN