Kesan tapak kaki di Felda sah milik ‘pak belang’

Kesan tapak kaki di Felda sah milik ‘pak belang’

PENEMUAN kesan tapak kaki dipercayai harimau yang membimbangkan penduduk di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kesan tapak kaki dipercayai harimau yang tular di Felda Bukit Aping Barat di sini sah milik haiwan liar itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin memaklumkan memang berlaku kehadiran ‘pak belang’ di Felda berkenaan berdasarkan tapak ditemukan.

Katanya, berdasarkan siasatan dijalankan, pihaknya mendapati aduan yang diterima daripada penduduk di kawasan itu adalah berasas, namun menjangkakan harimau yang berkeliaran itu kemungkinan sudah kembali ke habitat asal.

“Berdasarkan siasatan, kawasan penemuan tapak harimau berkenaan adalah kira-kira 4 kilometer dari hutan simpan.

“Orang awam dinasihatkan agar melaporkan segera kepada Perhilitan sekiranya menemukan kesan kehadiran harimau dan elak tindakan provokasi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, akhbar melaporkan usaha Perhilitan Johor menjalankan siasatan berkaitan isu haiwan liar yang didakwa berkeliaran di Felda
Bukit Aping Barat di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN