PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berhubung kes penipuan membabitkan syarikat pengendali umrah, Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. yang didakwa menyebabkan kerugian jutaan ringgit terhadap ribuan mangsa. Memberitahu Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sebanyak 25 kertas siasatan dibuka pihak polis dan semua kes tersebut masih dalam tindakan lanjut. Kata beliau, perbincangan dengan pihak pejabat…