Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan masih diteruskan

Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan masih diteruskan

ZAYN RAYYAN
ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan semakan pengkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Memberitahu Mingguan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, beberapa maklumat hasil daripada siasatan yang dijalankan telah dirujuk kepada pasukan tersebut dalam menyelesaikan kes pembunuhan itu.

“Setakat ini pihak polis belum terima maklum balas daripada Interpol,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, pihak polis masih menjalankan siasatan termasuk operasi pencarian bukti di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.

“Siasatan polis masih diteruskan,” katanya.

Sabtu lalu, media melaporkan, polis meminta bantuan Interpol bagi membantu siasatan kes Zayn Rayyan yang dipercayai dibunuh selepas ditemukan dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran Blok R, Apartment Idaman di sini.

Hussein dilaporkan berkata, polis mempunyai maklumat yang mungkin Interpol boleh bantu dalam kes itu.

Beliau turut dilaporkan berkata, fokus siasatan polis kini adalah di tempat kejadian jenayah pertama di mana lokasi sebenar Zayn Rayyan dibunuh.

“Seperti yang kita maklumkan, tempat mayatnya ditemui itu adalah ‘second crime scene’ (tempat jenayah kedua) dan kita biasanya kurang dapat keterangan fizikal yang boleh dikaitkan dengan penjenayah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN