Kerajaan akan wujudkan Unit Pantau Madani

Kerajaan akan wujudkan Unit Pantau Madani

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan mewujudkan unit pemantauan yang dikenali sebagai Pantau Madani bagi memantau pelaksanaan program diumumkan mencapai matlamatnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, unit tersebut akan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

“Satu perkara lain untuk tidak menunjukkan kita hanya selesa, kita akan tekankan Pantau Madani, maknanya akan ada satu unit yang penting di bawah Jabatan Perdana Menteri yang akan pantau pelaksanaan selain daripada Unit Penyelarasan (ICU) dan jabatan-jabatan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui sebuah syarikat televisyen swasta, hari ini.

Perdana Menteri berkata, unit tersebut akan dipertanggungjawabkan untuk mengukur sejauh mana program dilaksanakan kerajaan mencapai matlamat seperti yang diumumkan.

“Jangan umpamanya pengumuman itu memukau dan menarik (tetapi) pelaksanaannya itu hambar atau separuh daripada kejayaannya. Itu (Pantau Madani) Insya-Allah kita akan laksanakan,” katanya.

Sementara itu, Anwar mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani pada 8 hingga 10 Disember ini di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurutnya, antara lain, program tersebut akan mempamerkan prestasi setiap kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Penjualan Rahmah (akan) ada di situ, kemudahan dari segi kesalahan jalan raya untuk memudahkan juga ada, kemudahan pinjaman di bawah bank dan Kementerian Kewangan pun ada.

“Jadi orang boleh lihat sendiri, ambil masa dan lihat di pameran Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelancongan… tiap-tiap itu ada penjelasan dan manfaat kepada pengunjung,” katanya. –UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.