Kartel ayam didenda jadi amaran kepada pembekal lain - Utusan Malaysia

Kartel ayam didenda jadi amaran kepada pembekal lain

Ayam
STOK penimbal perlu dalam memastikan bekalan makanan ternakan ayam sentiasa mencukupi sekali gus mengelakkan manipulasi harga oleh pembekal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Denda RM415 juta dikenakan terhadap lima syarikat yang didakwa membentuk kartel bagi memanipulasi harga ayam dan telur di negara ini disifatkan menjadi amaran kepada pembekal dan peniaga supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau dan kementeriannya bersedia bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membantu membanteras kewujudan kartel.

“Sebenarnya tindakan tersebut di bawah KPDN. KPDN yang bertindak supaya jangan ada manipulasi harga. Jadi itu KPDN yang membuat tindakan (dan siasatan).

“Sama ada (MAFS) mengesan atau tidak, itu tetap bergantung kepada kementerian satu lagi (KPDN). Kita (pula) hendak memastikan supaya ada bekalan ayam dan telur. Keberadaan dua sumber makanan itu harganya dan (tindakan) manipulasi itu akan dipantau oleh KPDN,” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Amanah Nasional 2023, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, lima syarikat yang membentuk ‘kartel makanan ayam’ untuk tujuan menetapkan harga, sekali gus membawa kesan kepada harga ayam di pasaran dikenakan denda sebanyak RM415.5 juta oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Syarikat-syarikat tersebut adalah Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn. Bhd. (Leong Hup), FFM Berhad (FFM), Gold Coin Feed mills (Malaysia) Sdn. Bhd. (Gold Coin), Dindings Poultry De velopment Centre Sdn. Bhd. (Dindings) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn. Bhd. (PK Agro).

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja memberi jaminan bekalan ayam dan telur tidak putus ketika menjelang sambutan musim perayaan seperti Krismas, Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

“KPDN dan MAFS berpadu untuk hadapi masalah pada perayaan yang dijangkakan akan berlaku. Yang terdekat Krismas kemudian Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Itu memang ada keperluan dan kecukupan bahan makanan.

“Insya-Allah bekalan makanan serta bahan mentah cukup dan sentiasa ada,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya