Jemaah menteri ucap selamat Deepavali

Jemaah menteri ucap selamat Deepavali

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jemaah Menteri mengambil peluang menzahirkan ucapan Deepavali kepada semua penganut Hindu yang menyambutnya hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada masa sama menasihatkan masyarakat supaya menjaga kesihatan diri dan komuniti terutama ketika kes influenza dilaporkan sedang meningkat.

“Jika kurang sihat, berehatlah di rumah dan elakkan tempat sesak, tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin serta basuh tangan dengan kerap atau gunakan pensanitasi tangan,” katanya.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pula menyeru rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama supaya terus memupuk semangat perpaduan serta saling menghormati antara satu sama lain.

“Saya dan seluruh warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di seluruh negara.

“Ucapan ini terutamanya buat petani, peladang, penternak dan nelayan yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada sektor makanan negara. Selamat Deepavali!,” katanya.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang juga berharap sambutan Deepavali menjadi simbol penyatuan seluruh rakyat Malaysia, menerangi langkah ke arah sebuah negara bangsa yang makmur, sejahtera dan berjiwa besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN