Kami belajar memaafkan, berkongsi rasa manisnya bahagia - Diana Danielle - Utusan Malaysia

Kami belajar memaafkan, berkongsi rasa manisnya bahagia – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Diana Danielle bersyukur peluang kedua dalam perkahwinannya dengan aktor, Farid Kamil memberi ruang untuk mereka terus belajar memperbaiki kekurangan sebagai suami isteri.

Kongsi pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu, perkahwinan selepas rujuk semula pada 31 Ogos lalu kini semakin stabil dan kemanisan kebahagiaan itu dapat dirasai bersama.

“Apa yang saya dapat lihat adalah usaha kami ini membuatkan anak-anak semakin fokus di sekolah. Prestasi mereka meningkat dengan mendadak.

“Kemanisan itu dirasai sehingga mereka semakin semangat dalam apa sahaja yang dilakukan. Kehidupan kami juga semakin stabil.

“Gembira untuk anak-anak, berbalo kami buat (rujuk semula). Banyak yang kami perlu usaha terus. Kekurangan itu pasti ada tetapi kami perbaiki hari ke hari. Belajar memaafkan,” ujarnya.

Pelakon Imaginur itu ditemui ketika majlis pelancaran butik baharu jenama tempatan, Mimpi Kita di The Exchange TRX di sini.

Terdahulu, mereka mengejutkan ramai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pasangan tersebut mengumumkan rujuk semula pada 31 Ogos 2023.

Dalam pada itu ditanya tentang asakan bertubi-tubi soal kehamilan selepas dia dilihat semalin berisi, Diana mahu fokus kepada kedua-dua anaknya dahulu.

“Saya rasa dalam keadaan sekarang, kami belum mampu untuk menambah anak. Bukan dari kewangan tetapi fokus kepada anak-anak kami dahulu.

“Saya juga merasakan Aurora belum puas jadi anak bongsu. Mungkin belum bersedia jadi kakak lagi,” kongsinya.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.