Kabinet: Dr. Zulkefly mampu kukuhkan semula Kementerian Kesihatan - Anwar

Kabinet: Dr. Dzulkefly mampu kukuhkan semula Kementerian Kesihatan – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika sidang akhbar di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelantikan semula Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan diharap dapat membantu memperkukuhkan semula kementerian itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengalaman beliau amat diperlukan mengemudi kementerian itu yang kini terbeban dengan pelbagai masalah.

“KKM juga terbeban dengan banyak masalah yang sebahagiannya diwarisi selain memenuhi tuntutan rakyat.

“Pengalaman dia diperlukan, saya percaya fokus lebih kukuh di kementerian itu sekali gus memenuhi tuntutan rakyat untuk mendapatkan penjagaan kesihatan lebih baik,” katanya dalam sidang akhbar pemgumuman barisan Kabinet baharu di sini hari ini.

Dr Dzulkefly pernah dilantik sebagai Menteri Kesihatan ketika Kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ditanya rasional Kementerian Komunikasi dan Digital dipecahkan kepada dua kementerian, Anwar berkata, beliau berpandangan portfolio itu perlu dipisahkan kerana ia berdepan cabaran tersendiri.

“Bagi saya komunikasi dengan media dan sosial media juga menjadi cabaran. Jadi, ia perlu ada fokus.

“Kritikan yang diberikan terhadap kami ialah kenapa sesetengah dasar itu baik, ada juga (kritikan) bahawa komunikasi dan penyebaran maklumat tidak begitu baik dan memuaskan.

“Isu mengenai transformasi digital menjadi fokus utama kerajaan ini dan ia harus diurus dengan baik. Justeru, ia mesti lebih berfokus seiring isu digital semakin mencabar,” katanya.

Menerusi rombakan Kabinet diumumkan hari ini, Fahmi Fadzil dilantik mengemudi Kementerian Komunikasi manakala, Gobind Singh pula menerajui Kementerian Digital.

Sementara itu, Anwar pada sidang akhbar sama mengumumkan pemotongan 20 peratus gaji barisan Jemaah Menteri baharu dalam Kerajaan Perpaduan akan diteruskan.

“(Pemotongan gaji) diteruskan cuma perdana menteri tiada pemotongan (kerana tiada gaji),” katanya.

Pada 5 Disember lalu, Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20 peratus setiap bulan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

Keputusan itu dilaksanakan atas semangat keprihatinan anggota Kabinet terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya