Juri SFMM38 berkecuali, tak boleh berat sebelah - Utusan Malaysia

Juri SFMM38 berkecuali, tak boleh berat sebelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Isa menegaskan pihaknya tidak akan melantik mana-mana individu yang bersikap berat sebelah (bias) bagi menjurikan Semi Final Muzik Muzik ke-38 (SFMM38).

Kata Sufian, perkara itu, seperti penganjuran sebelum ini, adalah antara aspek yang paling ditekankan untuk memastikan semua keputusan yang dibuat adil dan saksama.

“Juri yang dipilih kena berkecuali, tidak ada kaitan dengan komposer, penyanyi dan penulis lirik yang bertanding.

“Selain itu, mereka juga haruslah terdiri daripada individu yang berkepakaran dalam bidang berkaitan seperti pencipta lagu, komposer, penulis lirik dan lain-lain,” katanya semasa sidang media SFMM38 petang tadi.

Sebanyak 30 lagu dipertandingkan pada SFMM38 yang berlangsung pada 15 hingga 17 Disember depan.

Antara lagu yang menepati ramalan ke separuh akhir adalah Jangan Mati Rasa Itu yang dihasilkan sepenuhnya penyanyi, Aina Abdul dan Budi ciptaan sepenuhnya oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Sufian dalam pada itu menyifatkan kesemua 30 lagu yang mara ke SFMM38 sebagai layak dan antara yang terbaik.

“Pemilihan lagu untuk SFMM38 adalah dibuat juri (50 peratus) dan undian pendengar (50 peratus).

“Pihak produksi berpuas hati kerana lagu yang berjaya ke separuh akhir mempunyai kualiti dari segi genre, persembahan nyanyian dan lain-lain,” jelasnya.

SFMM38 bakal dipertontonkan secara langsung di TV3 dari Studio 1, Glenmarie Shah Alam pukul 3 hingga 5 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya