Jovian, Nina umum cerai enam hari sebelum ulang tahun perkahwinan - Utusan Malaysia

Jovian, Nina umum cerai enam hari sebelum ulang tahun perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lagi enam hari menyambut ulang tahun perkahwinan, pereka fesyen, Jovian Mandagie mengumumkan sudah bercerai dengan isterinya, Nina Ismail Sabri sejak Ogos.

Berita itu dikongsikan Jovian menerusi
Instagram sebentar tadi namun menegaskan hubungannya dengan anak bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam keadaan baik.

“Ada perkahwinan yang istimewa yang tercipta untuk seumur hidup tapi perkahwinan kami pula menjadi persahabatan seumur hidup.

“Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah jalan yang terbaik.

“Kami kekal sebagai sahabat dan ibu bapa kepada Jeanelle. Alhamdulillah. Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah. Kami percaya Allah adalah sebaik-baik perancan,” tulisnya.

Jovian turut menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat yang selama ini menyokongnya dan Nina sehingga tercetusnya panggilan dengan tanda pagar #Jovianina.

“Selepas beberapa dekad, anda menjadi sebahagian draipada perjalanan kami. Kami sentiasa ingat akan setiap kenangan itu.

“Sokongan anda kepada #Jovianina tidak ternilai dan kami berharap sokongan itu akan berterusan.

“Semalam semasa sesi siaran langsung di TikTok, kami tersentuh dengan komen-komen baik anda mengenai rumah tangga kami.

“Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Jovian Mandagie dan Nina Sabrina berkahwin pada 11 Disember 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, 6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya