Jemputan menyanyi di Singapura bukti Aina dan Ernie tak bermusuh - Utusan Malaysia

Jemputan menyanyi di Singapura bukti Aina dan Ernie tak bermusuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Khabar angin kononnya penyanyi, Aina Abdul dan Ernie Zakri saling bermasam muka terkubur selepas penyanyi lagu Terus Hidup itu mengumumkan Ernie sebagai penampilan istimewa pada konsertnya di Singapura Januari depan.

Pengumuman itu dibuat Aina menerusi Instagramnya, semalam.

“Terima kasih Ernie sudi terima lamaran Aina untuk serta ANWAA di Singapura.

“Singapura adakah anda bersedia?!,” tulisnya.

Pengumuman tersebut mengundang reaksi positif peminat kedua penyanyi berkenaan.

Ada yang lega apabila pengumuman tersebut menamatkan spekulasi yang keduanya tidak sebulu.

“Yes! Mantap Aina dan Ernie! menangis tepi bucu katil yang lagakan dia orang,” tulis seorang peminat di Instagram.

Ernie menerusi satu hantaran di Instagramnya, berterima kasih kepada Aina atas undangan tersebut.

“Terima kasih Aina sudi jemput Ernie. Jumpa anda tidak lama lagi,” tulisnya.

A Night With Aina Abdul (ANWAA)Live In Singapore bakal berlangsung 6 Januari 2024 di The Theatre at Mediacorp.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN