Walaupun ada masalah kewangan, jangan tolak tawaran pendidikan Mara

Walaupun ada masalah kewangan, jangan tolak tawaran pendidikan bawah Mara

mara
ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa yang mempunyai masalah kewangan atau kekangan melunaskan bayaran yuran dinasihatkan supaya tidak menolak tawaran belajar di institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, menjadi keutamaan pihaknya untuk membantu pelajar-pelajar miskin dan keluarga daripada golongan berpendapatan rendah (B40) meneruskan pengajian mereka di mana-mana institusi pendidikan Mara. 

“Saya tegaskan jangan sesekali tangguh atau tolak tawaran tersebut. Institut Kemahiran Mata (IKM) atau mana-mana institusi pendidikan Mara memang keutamaan kami adalah membantu pelajar-pelajar miskin dan daripada keluarga berpendapatan rendah.

 “Saya sudah pun minta semua institusi pendidikan Mara, jika ada kes-kes pelajar yang tidak mampu bayar yuran atau kos-kos awalan lain, terima dahulu mereka masuk. 

“Pelajar-pelajar boleh bayar secara ansuran atau banyak kaedah lain untuk membantu. Yang penting ambil peluang masuk dalam program-program TVET atau kemahiran yang Mara sediakan kerana ia mampu merubah nasib diri dan keluarga dengan tawaran kerja yang tersedia beserta potensi gaji yang lumayan dan bermaruah,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas menerima mesej peribadi di Facebook mengatakan anaknya menerima tawaran ke IKM Besut, tetapi mereka mempunyai masalah kewangan untuk membayar pendaftaran RM350.

Individu tersebut meminta pandangannya sama ada perlu menangguhkan atau menolak tawaran berikutan kekangan kewangan.

Di ruangan komen, Asyraf Wajdi turut mengulas lanjut bahawa saranannya supaya ibu bapa dan pelajar tidak tangguh pengajian kerana tidak mampu menyediakan yuran bukan sahaja terpakai kepada IKM.

Sebaliknya, katanya, ia termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Profesional Mara, Kolej Mara, Kolej Polytech-Mara, UniKL, UPTM.

“Harap dapat dikongsi dengan mana-mana yang hadapi kesukaran serupa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya