Institusi pendidikan awal kanak-kanak tidak terpinggir

Institusi pendidikan awal kanak-kanak tidak terpinggir

ROSLAN Nordin (berkopiah) dalam satu majlis bersama kakitangannya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi pendidikan awal kanak-kanak berkonsepkan Islam tidak pernah terpinggir dan terus menjadi pilihan ibu-bapa masa kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International Sdn. Bhd. (LCISB), Datuk Roslan Nordin berkata, ini terbukti selepas sekolah tersebut melakar sejarah dengan memiliki 40,000 pelajar selepas genap 20 tahun beroperasi di negara ini.

Selain itu katanya, institusi tersebut juga kini mempunyai hampir 500 rangkaian tadika dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak.

“Sepanjang tempoh 20 tahun, kita telah mengubah landskap pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia yang mana telah menjadi mercu tanda kepada harapan buat ibu-bapa dan pendidik.

“Ini kerana, kurikulum dan metodologi pengajaran yang digunakan oleh kami bukan sahaja inovatif dan terbukti berkesan malah turut diserapkan dengan nilai-nilai yang diajarkan oleh agama Islam.

“Ia selaras dengan misi kurikulum kami iaitu untuk menanam rasa cinta akan Islam dan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak sebagai persiapan awal untuk mereka menjadi hamba Allah, khalifah Allah dan umat Nabi Muhammad S.A.W yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam masa yang sama berkata, pihaknya sentiasa ke arah mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memupuk semangat ingin tahu serta menggalakkan pertumbuhan yang lebih menyeluruh.

“Kurikulum dan aktiviti yang dijalankan Little Caliphs mampu merealisasikan hasrat agar kanak-kanak dapat mencapai potensi penuh mereka dalam pelbagai aspek kehidupan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN