Harap tahun 2024 lebih baik buat saya - PU Azman

Harap tahun 2024 lebih baik buat saya – PU Azman

AZMAN Syah Alias dan Mohamad Zahid Ahmad (kanan) semasa ditemui pemberita di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan, semalam. -UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman yang sedang berdepan kes mahkamah berharap perjalanan hidup pada tahun depan lebih baik buat dirinya.

Dia dengan nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 42. bagaimanapun tetap reda dengan pendakwaan mahkamah melibatkan pertuduhan seksual yang dihadapinya.

“Doakan terbaik untuk keputusan, harapan saya semoga tahun depan lebih baik. Saya bersyukur dengan apa yang telah berlaku,” katanya selepas prosiding perbicaraan kes amang seksual melibatkan dirinya di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Dalam pada itu, peguamnya, Mohamad Zahid Ahmad berkata, kes di Klang, Selangor hujung bulan ini adalah di peringkat keputusan pendakwaan dan pihaknya berharap yang terbaik buat anak guamnya itu.

“Kalau kes tiada prima facie, insya-Allah akan dibebaskan. Kalau ada, Cik Man (PU Azman) akan dipanggil bela diri. Saya minta peminat dan penyokong Cik Man doakan terbaik untuk dia, ini semua Allah punya kuasa,” katanya.

Pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada bulan Februari dan Julai tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.

Selain itu, dia turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN