SETIU: Sepasang suami isteri bergadai nyawa menaiki kayak yang bocor meredah banjir menyelamatkan lima ekor lembu peliharaan mereka di Kampung Mak Bakasm Pelong di sini, semalam. Pasangan Rohani Ismail, 51, dan Daud Che Mat, 61, mengambil risiko tersebut setelah kawasan kediaman dan tempat peliharaan lembu mereka di kampung tersebut dilanda banjir sejak Ahad lalu. “Seluruh kawasan dinaiki air dan kami tiada pengangkutan untuk meredah banjir, namun apabila melihat kayak milik…










