Enam warga asing ditahan, 138,982 liter diesel bernilai RM14.3 juta dirampas

Enam warga asing ditahan, 138,982 liter diesel bernilai RM14.3 juta dirampas

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menahan enam warga asing disyaki terbabit sindiket penyeludupan diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah kapal di Pelabuhan Klang kelmarin.

Hasil serbuan itu, sejumlah 138,982 liter diesel dianggarkan RM14.3 juta dirampas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, pihaknya merampas pam minyak serta hos yang ditemukan dalam serbuan ke atas sebuah kapal minyak.

Kata beliau, serbuan dijalankan hasil risikan Wildlife Crime Bureau atau Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) yang berperanan menangani isu penyelewengan barangan kawalan.

“Pasukan sama merampas diesel bersubsidi bernilai RM73.08 juta menerusi 66 serbuan di seluruh negara sejak 1 Januari lalu.

“Seramai 240 orang yang disyaki terbabit dalam kegiatan itu juga ditahan di seluruh negara sepanjang tempoh sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, KDNKA komited bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan bersubsidi bagi memastikan hasil negara dilindungi dari ketirisan.

“Orang ramai dikehendaki menyalurkan maklumat kepada polis agar kegiatan jenayah ini dapat dibanteras sepenuhnya,”jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN