PETALING JAYA: Siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, menemukan petunjuk baharu apabila dua saksi mendakwa melihat kanak-kanak autisme itu berada seorang diri di koridor sekitar Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, dekat sini pada hari kehilangannya, 5 Disember lalu. Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan keterangan mereka, kanak-kanak autisme itu dilihat berada di sekitar koridor di tingkat dua dan tingkat tiga di…










